Kejayaan istimewa nov 2008……….

Posted in Uncategorized on November 30, 2008 by sasbri

Pasukan b.sepak Bwh 12 dan Bwh 16 thn fasa IL ( rumah saya le..) berjaya muncul juara dalam pertandingan b.sepak  antara fasa yang dianjurkan oleh Kelab Rekreasi Bandar Tasik Kesuma yang baru lalu… penat melatih budak budak ni dapat juga ganjaran……….juara taman. Ha ha ha ha ha  ! jadi la tu.

il-johan-bola-1

il-juara-bola-2

Advertisements

Sakit-sakit pun maintain….

Posted in Uncategorized on November 30, 2008 by sasbri

Irfan Danial berjaya mendapat no 2  dalam kelas dan keseluruhan aliran tahun 5(ada 9 kelas – 300lebih murid) dalam peperiksaan akhir tahun di SK Bandar Tasik Kesuma walaupun dalam kesakitan selepas pembedahan…. Tme ambik exam pun masih dalam MC lagi… Tak sangka masih boleh maintain… Masa kawan-kawan buat revision pun takde di sekolah seminggu kerana mewakili Daerah Hulu LAngat untuk kem NILAM Selangor. Cuma takde rezeki jee nak jadi Tokoh NILAM negeri… Yang penting next year UPSR…kena study dari sekarang.Iylia Dalila merosot banyak gara-gara markah Sains yg drop. Mase midterm no 1 skrg dah no 13…dan Izzat Danish di Pra Sek …no 3 jugak sama macam mid term dulu… tapi seronok bila izzat terpilih jadi Tokoh Murid Pra Sekolah SKBTK 2008.

saat diumumkan sebagai Tokoh MUrid Pra Sekolah

saat diumumkan sebagai Tokoh MUrid Pra Sekolah

Wawa Konvo

Posted in Uncategorized on November 30, 2008 by sasbri

Hari ni 29 Nov 2008 adik ipar aku yg bongsu -wawa konvo  di Kampus Induk UITM Shah Alam. Banyak  dapat bunga tu ………..Yg best kita orang semua dapat makan free- dinner di Quality Hotel,Shah Alam. Terima kasih wawa.

Congratulations….

Gambar …………………………………

Berjauhan……………

Posted in Uncategorized on November 30, 2008 by sasbri

Biras aku le …………..Hadnan kini berangkat ke Arab Saudi untuk bekerja dengan sebuah Syarikat Petroleum di sana. Kontraknya dijangka 6 tahun++++. Anak isterinya dijangka menyusul dalam bulan januari 2009. Pasti akan terasa sunyi   bila Haziq Haikal , Hani Humaira akan berjauhan dengan sepupu-sepupu yang selalu meriuhkan suasana di rumah atuknya. Tinggal  5 orang je la nanti cucu atuk untuk bergasak………

Mama belajar lagi…………..

Posted in Uncategorized on November 30, 2008 by sasbri

Mama menyambung pelajaran ijazah sarjana muda pengajaran dalam Program Kem. Pend, & OUM. Tempoh pengajian selama 3 tahun++. Bermula dengan 14 minggu di Institut Perguruan Islam Bangi. Kemudian bersambung di Institut Perguruan Teknik, KL .  Sekarang ni pun dah DG32 dan PTK pun 4-4, result exam pogram 14 minggu ………………….3.57 CGPA. Tahniah.